Feb 15, 2012

Review : Catering Majlis Pertunangan dan Tahlil

Salam semua. Hari ni aku continue lagi menulis tentang majlis tunang yang simple hari tu. Lepas je selesai majlis bertunang, ibu aku buat tahlil juga dekat rumah. Kiranya pihak lelaki pun terlibat sama dan aku memang dah inform Mr. Fiancee tentang perkara tersebut. Supaya tak la keluarga dia terkejut bila tiba-tiba pakcik aku kata nak baca yassin dan buat tahlil kan?

Secara keseluruhan aku tahu nak kata berapa ramai tetamu yang datang. Tapi order catering untuk 200 orang (kot! ibu yang deal, aku tak tahu). Dan semuanya cukup makan. Alhamdulillah. Dan ada yang lebih-lebih tu bagi pada family yang datang. Tak ada bazir sangat kan?

Menu hari tu ringkas je. Menu makan tengahari.

  • Nasi putih
  • Ayam goreng berempah dan air asam
  • Pisang masak lemak (ye kot. aku tak sure sangat)
  • Nenas masak lemak dengan ikan masin
  • Sambal udang
  • Sambal belacan dan ulam-ulaman
  • Buah tembikai
  • Air sirap
  • Kuih tepung bungkus dan tepung talam (ni order lain)
Kuih semua habis sebab ibu aku terorder untuk 150 orang. Nak tambah order tapi tak sempat pulak. Tapi Alhamdulillah semua suka.

Ibu sewa satu khemah. Kiranya jemaah surau dengan kaum keluarga yang lelaki boleh makan bawah khemah. Kaum perempuan makan dalam rumah. Memang biasa macam tu kalau ada kenduri dekat rumah aku. Meja dan kerusi memang sewa sekali dengan khemah. Lapik meja tu catering yang provide. Aku tak kisah sangat lapik meja warna apa pun. Sebab aku tak ada warna-warna tema untuk tunang. So apa-apa pun boleh.



Lauk pauk letak bawah porch kereta. Kira jimat la tak payah nak sewa khemah. Nanti kahwin pun akan ada meja dekat bawah porch ni. Masa abang aku kahwin dulu macam tu la, tak tahu la kalau masa aku kahwin nanti lain jadinya. Meja tu pinjam dekat surau. Nasib baik rumah dekat dengan surau, boleh pinjam peralatan surau kalau terdesak. Lapik dan skirting tu catering provide juga.

Itu je la kot. Tak ada apa-apa yang menarik. Semuanya super duper simple. Total kos untuk catering dan khemah?


Aku bayar RM 500 daripada keseluruhan harga catering + khemah + kuih. Yang lebihnya, kakak + abang2 + ibu aku tong-tong sesama mereka.



Okay. Itu aje. Daaaaa~



No comments: