Salam sabtu semua.
Semalam lepas kerja (pukul 63.0 petang ++), pergi jemput kakak di KLIA. Baru pulang dari Indonesia atas tuntutan kerja. Aku pergi dengan abang ipar dan budak kecik 2 orang (anak kakak aku). Abang ipar aku tanya pasal progress kahwin semua. Tarikh, tentatif majlis, persediaan lepas kahwin, kad kahwin etc2. Abang ipar aku memang seorang yang sangat prihatin dan boleh dikatakan tak lokek untuk menghulurkan pertolongan. Jadi dia ingatkan aku macam-macam termasuk la hal isi borang kebenaran bernikah dan juga kad kahwin.
Kalau diingatkan balik, sejak dari tahun lepas (kiranya sebelum aku bertunang lagi) abang ipar aku ada pesan kalau dah confirm tarikh semua boleh pergi tempah kad dan book tok kadi. Tapi masa tu aku fikir awal sangat. Ye la. Aku bertunang pun belum lagi masa tu, tarikh pun tak finalize lagi. Sekarang ni, insyaAllah la dah confirmed benda-benda tu. Hari tu, ibu aku ada call. Dia kata pakcik aku (since my father dah passed away) will deal with tok kadi. And ibu kata pakcik aku will try to ask tok kadi to do the akad at my house. Memang kebiasaan family aku (kakak + kakak-kakak saudara) semua bernikah di rumah. Aku pun memang nak nikah dekat rumah. Mudah bukan?
Jadi semalam abang ipar tanya bila nak tempah kad kahwin. Dia kata dah decide ke tema dan warna apa semua. HAHAHA. Kadang-kadang aku yang jadi malu bila my BIL asked about my wedding prep. Aku tak la survey di kedai, cuma survey online. Jadi aku pun tak boleh nak kata apa semua. Bila BIL tanya tema and color, aku macam blur. Sebab aku sendiri tak fikir lagi pasal benda tu. HAHHAHAH
Petang tadi telefon Mr. Fiance. Ayah dia pun tanya dah tempah kad kahwin ke. Aku kata dekat dia, kita tempah bulan Mei / Jun sebab majlis kami bulan awal September. Dan semua legal documents pun akan diselesaikan dalam bulan tersebut.
Ada sesiapa nak suggest vendor untuk kad kahwin? Macam biasa, harga harus MURAH dan kualiti harus BEST :)
1 comments:
huhu. saya pun tengah hunting kad kawen nie. tp majlis 3bulan lagi. hehe..
Post a Comment