Jun 3, 2012

Lapan Lapan

Salam semua.

Nak update sikit je. Sebab baru berkesempatan nak buka blog dan facebook. Berpuluh notification masuk dekat  FB, banyak latest entry update dari B2B blogger yang tak sempat baca. Malam Jumaat dah pecut balik Ipoh. Sampai Ipoh around 1am then sembang-sembang jap lepas tu terus tidur. Next daynya, my cousin reception dekat rumah Opah yang boleh nampak bumbung rumah dari rumah saya. HEHEHE.

Sangat-sangat letih hujung minggu ni. Sekarang masih di Ipoh, curi-curi update blog dan buka FB. WOW!!




Buka blog sendiri, saya bagaikan tidak percaya. In 88 days, i will officially and legally belongs to the man i love most.

Sangat tidak percaya. Melihat kenduri cousin yang sangat meriah, tak tahu la macam mana suasana majlis saya nanti. Masih banyak tidak diuruskan.

Masa dan kewangan adalah kekangan saya waktu ini. Tapi percaya pada rezeki dan kelapangan waktu yang Allah berikan. InsyaAllah.

Kadang-kadang tanpa diduga saya menangis sendiri. Mengenang terlalu banyak perkara tak selesai lagi. Mengenangkan kewangan yang saya rasa " Ya Allah, aku mohon Kau murahkan rezeki ku, berikan aku kelapangan waktu"

Tapi berada di sekiling adik-beradik dan anak-anak buah adalah paling bahagia bagi saya. Saya sama-sama dengan adik saya bersiap bersama untuk ke kenduri. Oh, saya pasti akan merindui detik-detik ini.

88 hari lagi. Saya cuba untuk mengisi borang permohonan nikah, lepas tu bijak cerdik bestari sangat tak asingkan borang-borang tersebut. Bila dah habis isi, baru perasan yang borang untuk HIV tu dah rosak sebab ada 2 keping yang berkarbon. HUH! 

88 hari lagi. Semalam abang saya tanya apa lagi yang tak cukup untuk hantaran. "semua jue tak beli lagi"
"tak pe la. abang sponsor wallet, belt, socks and tie." Ya Allah. Terima kasih Allah. Terima kasih abang!

88 hari lagi. 

Mula berkira-kira. 

Ya Allah, aku mohon rezeki terbaik dari-MU



Jun 1, 2012

Pelamin Impian yang Simple

Salam semua. Tadi login Facebook, cousin saya nikah hari ni. Maka adik dia upload la gambar pelamin tapi saya tak pasti pelamin pihak perempuan atau lelaki. Btw, cousin saya lelaki.

Bila saya tengok pelamin tu, saya terus "WOWWW!" Memang cantik tapi bukan citarasa saya. Saya suka yang simple. Saya tak tengok full view pelamin tu tapi saya KURANG minat flower foam semua tu. Maybe sikit-sikit okay la.

Ni antara pelamin kegemaran saya. Kalau dapat pelamin macam ni sangat okay :)


saya suka pelamin simple macam ni.  kecuali kain jurai-jurai pink grey tu kurang minat.

ni pun pilihan hati. cuma tak mau ada yang dekat tengah-tengah tu. kalau letak kerusi bukan nampak pun kan?


simple + sweet. suka-suka. cuma tak nak kerusi macam tu. [source]

letak-letak tirai macam ni pun okay. cuma kena kemas la sikit kan tirai tu.

simple. tapi tak mau ada kerawang-kerawang dan jurai-jurai tu. kerusi pun kurang minat.

sama macam gambar pertama dan kelima. tak perlu jurai-jurai dan kain tu

ni wedding kawan saya. suka. DIY rasanya. simple tapi sweet kan??? kerusi bukan pilihan hati saya

really in LOVE with this. kecuali bunga yang terlampau banyak dan kerusi yang bukan pilihan hati. kalau la boleh dapat macam ni memang saya bahagia. tapi rumah kecik la pulak

Perasan tak yang saya suka semua yang jenis letak-letak tirai dan hiasan simple-simple. Tak tahu kenapa tapi bagi saya sangat sweet. Dan sangat minimalis dan sangat ayu.

p/s : nak sangat pelamin yang last tu. yang frame (ke apa entah nama dia) tu apa apa benda sebenarnya?

note : maaf, saya lupa ambil gambar-gambar ni dekat mana. Dah lama simpan dalam laptop.



90 hari lagi. 


Ya Allah, permudahkanlah segalanya.